Monday 21 August 2017


Forex merupakan sejenis perniagaan berbentuk pelaburan wang. Ia mempunyai risiko yang amat tinggi lebih-lebih lagi kepada trader yang baru berjinak dalam perniagaan ini. Trader boleh kehilangan kesemua wang pelaburan jika tidak berhati-hati ketika melaksanakan trading. Pada artikel kali ini, saya akan mendedahkan tentang kepentingan money management dan bagaimana mendapatkan money management yang baik.

Money management dalam perniagaan forex ialah bagaimana kita menguruskan wang pelaburan yang kita laburkan. Ia meliputiberapa % kerugian yang boleh seseorang trader tanggung tanpa menggangu emosinya dan berapa banyak keuntungan yang trader sasarkan. Seterusnya, STOP LOST (SL) dan TAKE PROFIT (TP) dikenalpasti. Cuba fahami contoh di bawah:


MM 5% Dengan Modal Permulaan USD100

-USD 100 X 5% = USD 5 maknanya trader sanggup rugi 5 dollar bagi setiap pelaburan.

-Ambil SL 30 pip, setiap SL disarankan <30 pip dengan anggaran profit 2X SL. Jika SL 30 pip maka TP ialah 60 pip.

-Dapatkan lot entry, USD 5 / 30 pip =  0.16 sen untuk 1 entry. Jika mahu entry lebih katakan 4 entry makan 0.16 sen / 4 = 0.04 sen setiap entry dengan SL kekal pada 30 pip.

-Boleh juga guna trailling stop atau ubah SL pada kedudukan +ve untuk menambah entry.

Dengan melaksanakan MM yang ketat, emosi seorang trader lebih terjaga memandangkan seorang trader tahu RISK yang telah diambil. Ia juga membantu dalam membentuk seorang trader yang berdisiplin tinggi. Sabar dalam mencari SETUP yang memberi keuntungan kepada trader.

Ingatlah trader semua, rahsia trading forex bukan terletak pada teknik yang bagus semata-mata. MM amat memainkan peranan penting supaya akaun pelaburan tidak lebur. Akhir kata dari saya, cuba-cubalah untuk menjaga MM dalam trading. Sekian.

1 comment:

Affiliate Account

DEPOSIT/WITHDRAW

RM 4.40/RM 4.20

TOTAL DEPOSIT

106.37 USD

TOTAL WITHDRAW

126.7 USD

TOTAL EARNED

7.57 USD

Join Fullerton Market

Join FBS

Leave Your Question Here

Popular Posts

Blog Archive

Like Our Fan Page

Live Traffic Feed

Bitcoin Core

Bitcoin Cash

DogeCoin

LiteCoin

Dash