Cuba perhatikan gambar di atas, apakah kesalahan yang trader tersebut lakukan. SL dah ada, TP pun dah ada. Nampak gambar macam dah buat analisa sebelum trading. Tapi di mana silapnya? Apa yang saya perhatikan di sini ialah trader tersebut melakukan entry dengan nisbah risk lagi tinggi daripada reward. Kedudukan SL adalah tepat iaitu berada di atas resistance H4 tetapi kedudukan TP sepatutnya berada di SUPPORT terhampir. Price terlalu dekat dengan garisan SUPPORT, jadi amat tidak sesuai untuk melaksanakan entry SELL. Price kemungkinan akan memantul di SUPPORT terhampir dan berkemungkinan garis Trendline dilepasi dan seterusnya HIT SL.
Tetapi, andaikata price tembus SUPPORT bawah, kemungkinan price akan mencari TP dan juga trader tersebut boleh menambah entry untuk memaksimakan profit.
0 comments:
Post a Comment