Tuesday 19 September 2017

belajar-forex-kaitan-margin-leverage-dalam-forex-trading-1
Salah satu kelebihan forex trading berbanding pelaburan lain ialah ia menawarkan LEVERAGE. Apakah itu leverage? Dalam bahasa mudahnya, Leverage = Pengganda, atau mengawal modal besar menggunakan modal kecil. Jika anda menggunakan leverage 100:1, bermodalkan $100 anda sebenarnya mengawal nilai trade sebanyak $10,000!
Baki $9,900 lagi datang dari mana? Ia datang daripada brokerProses ini berlaku secara automatik. Jangan ingat anda kena apply macam loan pulak yer. Sebab itulah trader memerlukan broker, kerana selain menjadi orang tengah, mereka juga akan membantu anda untuk jadi “market participant” melalui sokongan modal. Jika tidak, anda memerlukan modal yang sangat besar untuk trade.
MARGIN pula bermaksud sejumlah “deposit” yang broker pegang untuk membuka position anda. Nilai volume 1.00 = $10,000 (jika akaun standard). Ia juga dipanggil 1 lot. Untuk pairs XXX/USD (seperti EUR/USD), 1 lot bersamaan $1.00/pips. Jika anda profit 50 pips, anda akan memperoleh $50.00. 1 lot mempunyai nilai $10,000. Maksudnya, kalau nak trade 1 lot, anda perlu ada $10,000.
“MANA NAK CARI DUIT BANYAK GITU NAK OIII?” 
Namun, dengan adanya bantuan leverage daripada broker, anda tidak perlukan $10,000. Anda hanya perlukan $100 sahaja (jika leverage anda 100:1). Leverage 100:1 bermaksud, margin diperlukan ialah 1/100 daripada nilai anda nak trade. Katakan sekarang anda nak trade 5 lot standard (bernilai $50,000), margin diperlukan ialah $500. 
“WOW KALAU MACAM TU NAK PAKAI LEVERAGE TINGGI LAH. BARU SENANG NAK HENTAK LOT BESAR!” 
Hentaklah lot besar, lepas tu kena hentak pulak dengan market. Hahaha… jangan sesekali gunakan leverage tinggi. Gunakan leverage rendah, 50:1 atau maksimum 100:1 sahaja. Ini kerana ia akan menghalang anda daripada melakukan “tindakan gila” apabila anda dipengaruhi emosi. Ramai trader kecundang kerana trade lot besar, sedangkan mereka sebenarnya tidak mampu berbuat demikian. Ini semua disebabkan LEVERAGE YANG TINGGI, di mana ia membolehkan trader membuka lot besar dengan margin yang rendah.
Jika leverage anda rendah, margin diperlukan adalah tinggi. Dengan itu, secara automatik anda akan dihalang daripada membuka extra position apabila anda “hilang kewarasan”. Ini bukan gurauan! Penangan emosi ketika trade adalah sangat luar biasa. Tanpa kawalan seperti ini, anda dengan mudah akan membuat “keputusan 1 saat” yang mungkin menghancurkan akaun anda… selama-lamanya! 
“BOLEH BAGI CONTOH TAK? PENING ARRR…”

Baiklah. Lihat 4 perbezaan leverage di atas. Andaikan modal dan free margin adalah sama. Daripada $1,000, anda guna $500 sahaja untuk trade. Dengan leverage yang tinggi, beliau boleh trade sehingga 25 lot dalam satu-satu masa. 20 pips price bergerak, anda dah pun stop-out atau Margin Call. Loss $500 atau 50% dari modal!
Tetapi, jika guna leverage rendah, anda tak boleh trade lot besar. Trade boleh tahan floating sampai 200 pips, dan jika loss 20 pips ianya cuma $50 @ 5% sahaja dari modal.
Nampak tak kesannya sekarang? Jika anda maksimumkan penggunaan modal anda, bila loss berlaku, habis jahanam akaun anda. Faham?
“LA… KALAU MACAM TU, SAYA GUNA JE LA LEVERAGE BESAR. SAYA CONTROL SUPAYA TAK OVERTRADE. BOLEH KAN MACAM TU? BIJAK KAN BETA?” 
Semua trader akan berkata begitu. Mereka bersumpah tak akan overtrade, dan follow MM rules walaupun margin diperlukan rendah. Cakap memang mudah.  Serangan psikologi amat menyakitkan. 90-95% gagal sebab lot besar. Mereka loss, lepas tu masuk balik market dengan double atau triple lot kerana mereka ingin “membalas dendam” terhadap market. Nak cover loss cepat-cepat. Akhirnya, makin jahanam akaun jadinya! Kalau leverage rendah, anda akan dihalang daripada trade lot besar. Jadi, kalau anda trade dan loss sekali lagi, damage atau “kerosakannya” adalah sedikit sahaja.
“OHHH… MACAM TU GHOPENYEEE…” 
Sebab tu anda tak boleh gunakan leverage yang tinggi bila buka akaun. Leverage tinggi akan melingkupkan akaun anda lebih cepat. Kita kena ingat, loss boleh berlaku pada bila-bila masa. Sebab tu kita kena sentiasa hadkan risiko kita. Orait? 
NOTA: Sebenarnya, anda boleh menampung floating loss MELEBIHI MARGIN kerana pada masa kini banyak broker memberikan bonus untuk “support margin”.

0 comments:

Post a Comment

Affiliate Account

DEPOSIT/WITHDRAW

RM 4.40/RM 4.20

TOTAL DEPOSIT

106.37 USD

TOTAL WITHDRAW

126.7 USD

TOTAL EARNED

7.57 USD

Join Fullerton Market

Join FBS

Leave Your Question Here

Popular Posts

Blog Archive

Like Our Fan Page

Live Traffic Feed

Bitcoin Core

Bitcoin Cash

DogeCoin

LiteCoin

Dash